REVIEW WINDARA FIRST HALF (MALAY)

Review ep 1-3 BBBG Windara. Nak tulis review berdasarkan tiga aspek: jalan cerita (storyline), rekabentuk (design) dan aksi (action). Review ni akan ambil kira both animation and comic sbb I'm a hardcore comic reader. Part 2 (Overall review)

1. Storyline
Part ni akan sentuh tntg rewriting. So far, saya suka most rewriting yg diorg buat utk windara berbanding dlm komik. Dalam komik, windara has good starting, sgt intense sepanjang arc and klimaks pon best but sayangnya cerita jadi rushing near the ending and bnyk benda yg terbazir; potensi Maripos, kristal isyarat, asal-usul reramos & general berlima, kuasa kuputeri yg tiber. In comparison, animation ada exposition yg lebih structured, kurang plotholes, dan so far a few things yg saya mention diubah in a better way.

Okay saya akan sentuh by episode + respective comic issue:-

Ep 1 & isu 10: Both dlm komik & animation, bbb decide utk tukar kpd taufan lepas tgk Maripos guna kebolehan angin dia. Tapi execution dlm komik better, refer to gmbr 1.1. Both emphasize yg while hali is hardcore fighter, taufan pula lebih flexible dlm berlawan. Dalam animation, hali tak bole lawan dgn multiple clones while dlm komik hali tak bole surpass ketangkasan Maripos. Dari sudut ni, animation did better sbb takkan lah kelajuan hali < Maripos. It's just that hali tak efisien utk lwn dgn multiple enemies, dia lebih sesuai lwn single boss.
Saya suka juga diorg tmbh line yg Maripos go beyond sbb nk trigerred bbb utk keluarkan kuasa terkuat, berbanding dlm komik yg dia mmg nk berlawan je (gmbr 1.2). Also pasal hang kasa - I agree with most, sadly hang kasa takde dlm animation. But I'm ok dgn diorg tukar Yaya & Ying yg halang bbb drpd hang kasa, sbb takde lah Y&Y tiba2 hilang mcm tu je for the rest of the episode (cuma slacknya qually hilang mcm tu je hmm). Dan lastly utk ep ni, kuputeri's reveal lebih best dlm animation, long live my Queen
🫶



Ep2 & isu 11: Backstory kuputeri diceritakan lebih baik dlm animation - instead of reramos yg dtg entah dari mana, saya suka yg diorg rewrite reramos ni sebagai traitor - lebih meaningful dan tragis utk kuputeri (gmbr 1.3). And it makes sense kuputeri serahkan kerajaan dia kpd seseorang sblm dia berhibernasi. Dalam komik, reramos was implied sebagai bawahan Kirana instead, tu pon selepas beberapa isu baru kita tahu. Another thing yg saya suka ialah moment kokotaim duduk berbincang antara diorg yg tunjukkan each character punya different views (gmbr 1.4), Best! Aside from that, reveal kuasa kuputeri early on ialah perubahan yg bagus utk guna as appropriate plot device di episod2 akhir. Appearance supra while being fanservice, at least masih ada reason knp bbb guna kuasa tu, so not bad la. Can't say I really like it but ok je.


Ep3 & isu 12: ni episod dgn perubahan paling drastik drpd komik, dan unfortunately most perubahan saya tak suka. Kemunculan ttm rasa mcm tanpa sebab, payoff dia pon tak memuaskan sbb sekejap je moment dia and tak beri impak sgt pon (refer gmbr 1.5 utk extra thoughts). Fang & papiliam moment being cut off makes sense, sbb Fang punya backstory tak prnh diceritakan dlm animation (dlm komik je ada) and saya tak nmpk mcm mana diorg nk sesuaikan sideplot cerita fang dlm flow plot windara. Tpi still, it's quite sad. And as comic reader, obviously muskida sangatlah underwhelming. Also episod ni yg buatkan saya mcm 50:50 dgn appearance supra; sbb rasa mcm kalau energy dia tak habis drpd supra, maybe we can see better action. Tpi bab action tu cerita nnt kt point no. 3.
One thing yg saya suka diorg ubah dlm episode ni adalah keseksaan penduduk kampung kepaku. Dalam animation, digambarkan yg diorg dah terseksa sejak kuputeri tidur (100 tahun at most), tapi dlm komik, kekejaman reramos baru terjadi (at most pon less than 1 year) sbb dlm komik, tragedi gurlatan baru2 lgi berlaku dan dlm komik reramos bawahan Kirana (refer to gmbr 1.6). Sebab tu dlm komik, kampung tu masih lagi ada mknn tpi dlm animation budak2 kepaku tu nk mkn pon susah. + I was shocked bila diorg nk ambil budak2 tu utk bawa ke lombong, tak expect ada real potrayal child lab0ur dlm bbb. Cerita pasal kampung kepaku ni sebenarnya lebih dark dlm animation, cuma ditunjukkan secara subtle dlm bentuk storytelling je and moment2 dark mcm ni diovershadow dgn moment2 kelakar sbb tu episod ni nmpk santai je.


2. Design
Part ni pula nak ckp tntg character design, audio design dan settings. Of course kita akan mula dgn character design yg saya rasa animation did justice - kuputeri, Maripos, sibella, reramos, papileon, papiliam, karumbang, muskida. CANTIK GILA. Tapi Cikala for me, komik lebih better looking, tak menarik sgt 3D design dia. Audio design was awesome, bukan shj soundtrack but foley yg diorg buat pon best e.g. bunyi besi sibella, bunyi efek kuasa angin Maripos, bunyi metal clashing masa Maripos vs bbb, dan masa kuputeri halang maripos. Sedap dengar. Soundtrack yg paling saya suka ialah masa kemunculan kuputeri jumpa Yaya Ying qually dan masa kuputeri ceritakan pasal windara, mcm ada bunyi gamelan sikit I think? (Gmbr 2.1)
Settings - as in design environment. Design windara yg mcm gurun dan tandus mmg menampakkan betapa kejamnya reramos exploit negara dia sendiri (Gmbr 2.2). Mmg cantik la. Cuma personal preference; saya suka design environment arc sori lgi sbb saya suka greenery. Fans dah terbiasa dimanjakan dgn grafik bbb yg lawa, sampaikan kita dah ralik. Maybe that's why saya tak nmpk ramai sgt yg puji pasal design sebab bgi kita - biasa la, bbb kot mesti la grafik lawa. So I think perlu bgi credit to monsta, they did a great work with all the designs. Saya bukanlah pro dlm bab2 grafik ni, tpi di mata penonton biasa mcm saya, nmpk cantik. Keep up the good work!


3. Action
Walaupun ni cerita yg targeted for kids, tpi masih dalam genre action, so yea I nak review juga scene2 aksi dalam 3 episod kali ni. Komik mmg action-packed, on average 20-30 pg dedicated utk action. Aksi dlm animation mmg pale in comparison compared to comic. Comic excels a lot in fight choreography. My favourite fight scene drpd animation ep 1-3 ikut urutan: Maripos vs bbb taufan > fight scene on kapal kuputeri > Maripos vs bbb halilintar dan my least favourite: Maripos vs Fang dlm ep 1, dan bbb&fang vs muskida. Saya compilekan my favourite fighting scenes from comic & animation dlm gmbr 3.1, 3.2. One thing yg saya tak suka dlm animation adalah repetitive action (refer gmbr 3.3), I think diorg patut lebih kreatif dlm menunjukkan kekalahan kokotaim instead of them getting slammed all the time (even dlm episod 4 nnt pon mcm tu).
Saya perasan they tried to make the fighting lebih makes sense and balanced - dlm animation diorg tunjukkan flaws pada kuasa setiap karakter which takde dlm komik dan diorg libatkan environment sbg limit dlm pertarungan. E.g. ilusi Maripos tak boleh replicate tongkat, berlawan dlm kapal angkasa dgn ruang yg kecil, flawed decision making. Sebab kita dah terbiasa dgn elemen 'deus ex machina' yg digunakan monsta, so when they tried to make it more realistic, it seems like a downgrade - itu muncul komen nerf2 tak habis2. Saya suka diorg cuba nk buatkan fighting lebih makes sense. Tapi I still felt that the fight choreography was so much better in comic and could have been better in animation.




Conclusion
Overall, so far 3 episod ni saya bgi 7/10 berdasarkan 3 aspek. It was quite good especially on exposition dan saya mengharapkan upcoming episodes will compensate dari segi action.
Footnote: Deus Ex machina is an unexpected power or event saving a seemingly hopeless situation, especially as a contrived plot device in a play or novel (source: Oxford Dictionary).

Kredit gambar: BBBG Windara Ep 1-3, BBBG2 komik isu 10-12


Comments

POPULAR POSTS