Overall Review Windara & Thoughts (MALAY)

"Perjalanan seorang penguasa elemental akan sentiasa bergolak, penuh dengan cabaran dan rintangan sama seperti ribut di luar tu, tetapi walau sesusah mana sekali pon perjalanan itu, kamu tetap perlu mengharunginya." - Kuputeri.



Saya suka quote ni, sbb quote ni akan kekal relevan utk cerita BoBoiBoy sampai ke penghujung series. Utk review kali ni, taknak buat mcm yg post lepas (Review Ep 1-3), saya nk review based on beberapa plot points dan ada beberapa teori atau andaian hehe.


1. Kesatria Windara & Kawan2 BoBoiBoy
Saya suka armor diorang especially BoBoiBoy & Yaya punya. Walaupun saya masih tak suka armor fang (bentuk tanduk dia tu) tapi sebab gandingan dia dgn gopal cute dalam animasi so bole diterima πŸ˜‚ Pasal spotlight utk kwn2 bbb: as I said, saya suka combo Gopal/fang - bila lagi kita nk tgk diorg pedajal each other haha. 

Also, Y&Y Sideplots; fight vs sibella dan sideplot diorg bawa kapal. Saya suka kita nampak yang diorg ada lah juga cerita sendirir ataupun aim (matlamat) diorg sendiri bukan sekadar nk follow bbb ke mana2 je.

Dalam arc ni kita nmpk Yaya & Ying dpt spotlight, next arc kalau ikut komik Gopal akan dpt spotlight. So teori saya ialah monsta mmg sengaja lebihkan Y&Y dan kurangkan Gopal/fang dlm arc ni, sbb diorg nk bgi spotlight satu persatu. Means: Windara (Y&Y), Gentar (Gopal&Qually), Baraju (Fang) dan akan ditutup dgn Gurlatan yg semua dpt spotlight.

2. Villain utama - Reramos Beast, dan Karumbang
Saya tak takut labah2 tpi kalau labah2 tu bole terbang dan bole sedut life force haiwan lain, get it away from me 😭 saya suka upgraded version reramos, geli dan menyeramkan. Tak expect diorg akan tunjuk adegan yg seram mcm karumbang. Dan tak expect juga saya akan menangis sangat2 utk seekor kumbang πŸ₯Ή Cuma saya tak suka bila power sphera cocoonbot tu diketepikan mcm tu je, kita tak nmpk langsung ps tu dekat finale. 

Also, dlm animasi ni diorg kekalkan juga sifat penakut reramos last2 tu, which is fitting sebab kita tahu dia ni pengkhianat. Perangai Si Kitol mmg mcm tu; tak ada jati diri, pengecut dan larikan diri bila situasi dah tak menyebelahi dia. To compare, musuh2 bbb sebelum ni mcm borara, vargoba dan retakka pula lebih kepada hardcore fighters. E.g. Vargoba konfiden tunggu solar charging lama2 dan tank attack solar, berbanding reramos yg nk menang sahaja, sbb reramos bukan pahlawan. (This is not critic, bagus juga kita ada wide range of villains,  tgh tunggu villain perempuan berambut merah je ni πŸ‘€)

3. Kredibiliti kuputeri sebagai penguasa asal elemental
Dalam animasi kita nmpk kuputeri mmg familiar dgn kuasa beliung malah dia coach bbb utk dptkan kuasa tu. Refer pada quote yg saya tulis kat atas, kuputeri obviously ckp semua tu berdasarkan pengalaman dia sendiri & perasan kan lepas tu dia terus tolak bbb masuk dlm ribut tu? Melambangkan cara terbaik utk hadap semua cabaran adalah dgn jangan fikir banyak dan berhadapan terus dgn cabaran tu. Overthinking dan lari drpd masalah takkan selesaikan apa2. Oh mungkin ini juga cara kuputeri dpt kuasa tahap 3 masa dulu2? (Teori) Saya suka sifat kuputeri yg tenang, even dia tahu  bbb ada chance utk hilang kawalan, dia rilek je sbb dia in a way, tahu dia boleh tolong bbb, sbb tu kan kuasa dia dulunya.

4. Beliung - simbolism
Ayat kuputeri, "Satu perubahan kecil cukup utk mengubah segalanya," Buatkan saya terfikir yg bbb beliung ni diinspirasikan/ simbol kpd Butterfly Effect. Plus, ada rama2 dtg hinggap kt bahu bbb sebelum dia bertukar jadi beliung. Dalam pop culture, Butterfly effect famous dgn definisi yg kuputeri ckpkan tu. Saya quote apa yg Edward Lorenz ckp tntg Butterfly effect, “Does the flap of a butterfly’s wings in Brazil set off a tornado in Texas?” (Sumber: AmericanScientist.org) (gmbr 2). 

So mungkin (ini teori je tau) bbb beliung diubah bentuk utk menyerupai kupu2 sebagai simbolik yg kupu2 kecil  sebenarnya boleh menghasilkan puting beliung yg kuat (gmbr 3). Oh dan kepak beliung bole bertukar menjadi kapak mungkin juga reference kpd kapak beliung. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, beliung bermaksud sejenis kapak yg matanya melintang.

Saya juga suka simbolism retakka dibawa ke depan, kalau dlm komik kita start nmpk retakka dlm arc gurlatan. For me, kehadiran retakka kt situ adalah sebagai simbolik yg bbb ada rasa takut dlm diri dia yg dia akan jdi mcm retakka, dan pada moment tu, dia betul2 hampir jadi sekejam retakka la. Season 2 mmg khas utk terangkan kekejaman retakka je dgn lebih detail kpd mereka2 yg terlibat. 

Lain-lain hal yg saya suka tntg beliung: monsta pay homage pada kemunculan taufan (bbb s1 ori) dgn bgi beliung gelak psycho mcm tu dan juga dialogue2 callback drpd lawak angin drpd ep 3 were nice touches for beliung's character.

Trivia: Proverb dlm bahasa English, "in the eye of the storm" (di dalam mata beliung) bermaksud seseorang yg terlibat dalam situasi yg kontroversi/susah yang menarik perhatian ramai, literally describe kontroversi bbb beliungπŸ˜‚


5. Animasi vs komik: saya perasan monsta ubah arc ni dkt animasi utk follow pacing yg sama mcm arc2 lain dlm komik. Arc ni dlm komik paling stand out sbb ni je arc yg setiap isu ada fight yg gempak dan pnjg. In comparison, arc sori, gentar, baraju and Gurlatan pula slow & steadily develop plot sampai isu2 last baru ada fight scene yg pnjg. So no wonder diorg tukar bnyk sgt benda drpd arc ni. 

Kesimpulan: Ada je benda lain yg saya tak suka utk arc ni, tpi since benda yg saya suka lgi bnyk, malas la nitpick benda2 negatif yg kecil. Arc ni definitely better than arc lepas drpd segi excitement disebabkan shock values yg diorg letak near the end of the arc. My favourite episode in sequence: ep 6> ep5> ep4> ep1> ep2> ep3. Saya rate arc ni 8/10, to compare, saya rate Sori sebelum ni as 7/10. Sekian πŸ™

Footnote: Kredit gmbr πŸ“·: BBBGWindara Episod 6 dan gmbr 2 drpd Everyday Concepts.

Comments

POPULAR POSTS