Analisis Solar-based fusion: Supra, Sori, Sopan (MALAY)
Semua hanyalah berdasarkan pemerhatian, dan boleh dikatakan sekadar teori sebab monsta tak pernah declare secara deep tentang apa-apa hal berkaitan konsep fusion.
1. Description
Untuk part ni, just nak highlight elemen yg dominan untuk each fusion. Ini just based on observation berdasarkan personaliti, warna tema dan skill setiap fusion solar.
Supra: personaliti lebih kepada gabungan hali dan solar, tpi warna tema lebih dominan kearah solar (warna putih) tpi ada sikit2 warna sos cili dengan cheese. Skill pula gabungan halilintar (senjata sabit) dan finishing move by solar, and dua2 pon mmg speedster. Tpi, points lebih kepada solar sbb iconic move dia; tembakan super supra adalah classic solar move.
Sori: personaliti obviously didominasikan duri. Warna tema I would say 50:50, it's a nice mix between light ketupat green and creamy white rice, dgn ada oren2 mcm rendang. Untuk skill, walaupun finishing move dia adalah Solar-based move, tpi semua move dia lebih berfokuskan kepada tumbuhan; durian, bunga, lilitan berduri. Jdi skill I would say more to duri-based.
Sopan: personaliti dia lebih chill macam taufan. Warna tema pon didominasikan taufan dengan biru top yg macam air biru dgn hirisan oren. Skills offense pula more to skill solar - gerakan cahaya sopan, letupan cahaya etc dgn slight touch daripada kuasa taufan. Cuma untuk sopan kena 'take with a grain of salt' la, sebab boleh jadi sopan akan berubah utk animasi.
Food visualization that represents the fusion.
Info rasmi daripada webtoon.
2. Strength, flaws, target enemy
Strength (Mathematicallly)
'Strength' yang saya nak sentuh hanyalah offensive output dan fighting style, sbb kalau nak bincang kekuatan setiap fusion secara menyeluruh, panjang sgt pula nanti.
Based on info official drpd webtoon, ini bintang strength utk setiap elemen yg terlibat:
Solar: 10 (100%), Halilintar: 10 (100%), Duri: 9 (90%), Taufan: 6 (60%). Andaikan kekuatan fusion ni additive, so:
- Supra: 200%
- Sori: 190%
- Taufan: 160%
So secara kiraannya strength; supra > sori > sopan. Tpi ni bukan conclusion, sekadar math je dulu. Next kita tengok dari segi fighting style.
Fighting Style
Supra: serangan laju dan linear (tertumpu) senang cerita mmg utk directly ki//ll the enemy on the spot. Kalau compare dgn solar, serangan solar lebih radiating, mcm cahaya matahari, while serangan supra mcm laser beam, lebih straight (mcm kilat in a way). Another advantage utk Supra adalah 'rings' dia. Each ring dia boleh tembak beam, so ni buatkan dia boleh cover a huge area juga dalam battle.
Sori: lebih flexible (as in skillset dia tak terbatas sekadar tembak dan guna senjata sbb kuasa tumbuhan boleh jadi mcm2), kurang laju, and lebih physical pada awalnya sebabkan buah durian dia. Tpi finishing move dia is as linear as supra. Cuma beam dia nmpk mcm kurang padat and bentuk berbeza. Perbezaan final move utk solar, supra dan Sori ada tunjuk dekat gambar.
Sopan: lebih laju drpd sori (agility taufan > duri) tpi kurang laju drpd supra. Also, elemen taufan tu membolehkan dia bergerak sekeliling dgn mudah lagi2 plus dengan kelajuan cahaya. Uniknya finishing moves dia tak linear, tpi lebih kepada AOE-based (Area of effect) sbb elemen taufan. AOE ni maksudnya serangan dia beri impak kepada satu kawasan instead of satu target sahaja.
Flaws
Dari sudut flaws pula, utk supra obviously movie 2 dan ep 2 windara dah reveal - yang fusion ni sangat draining energy dan serangan terlalu linear. So far, tak pernah nmpk dia tukar arah tembakan dia midway so sebab tu serangan dia sangat direct, tpi menyengat la. Sori pula kurang laju compared to the other two, while sopan has less defense (both taufan and solar has 6 star defense). Actually in a way, supra pon has lesser defense tapi sbb cara fighting dia yang speedblitz dan serangan offensive yang tinggi, dia lebih "untouchable" a.k.a susah diserang musuh berbanding sopan yg most of the time spend time on the field (kalau ikut komik) Sori pula boleh berselindung di sebalik bunga dia. Stats defense duri pon tinggi.
Target Enemy
So based on strength and flaws; target enemy yg sesuai utk Supra adalah single - multiple target yang ada low - fast speed (cuma dlm beberapa keadaan, fast enemy ada chance juga utk mengelak e.g. sibella, which is GG la kalau jadi); Sori is more to single target yg low - moderate speed (kurang efficient utk multiple target sebab serangan linear dan slow); Sopan pula sesuai guna utk multiple targets yg low - fast speed (tak kisah pon kalau enemy laju, sbb serangan AOE, and pusaran taufan boleh sedut musuh) tapi single boss mungkin tak sesuai sgt sbb offensive output dia tak sekuat the other two (kalau dari segi math la, tpi dalam komik nampak sama power je haha.)
Perbezaan tembakan sopan, sori dan supra.
3. Penutup & Pendapat peribadi
Setiap fusion solar akan ada finishing move solar dan nama bermula dengan S. Walaupun technically strength Supra > Sori > Sopan, tpi dari sudut efficiency during battle - Sopan paling balance, efficient, dan tak draining terlalu banyak tenaga (setakat yg kita tgk dlm komik). Supra pula paling powerful dan mmg sesuai as finisher, lawan big boss. Penggunaan kuasa Sori mcm lebih niche, takde exact situation yg perlu guna dia pon. Tapi kalau bbb nk fun2 boleh guna sori sebab kuasa dia lebih flexible. Apa-apa pun ini sekadar pendapat, nothing is canon unless said by Monsta.
.
.
.
Kredit gambar: gmbr mknn drpd Google, Webtoon BBBG2 English, episode 24 (BBBG1), Episode 6 (BBBSori), Episode 2 (BBBWindara) dan BoBoiBoy Movie 2.








Comments
Post a Comment